Wednesday, September 7, 2011

: c.H.A.p.T.e.R : Only One Words

Akhirnya

: c.H.A.p.T.e.R : Jerebu lagi

Jerebu, jerebu. Disebabkan jerebu ni banyak kerja harianku tidak dapat dilaksanakan dengan penuh perasaan (haha). Bukan apa, aku rimas dengan udara yang sebegini dan masing - masing pasti mengetahui tentang kesan jerebu kepada kesihatan manusia seperti lelah, iritasi di mata serta merah, masalah pernafasan, iritasi kerongkong dan batuk - batuk. Sudah pasti bukan saya sahaja yang lain juga mengalami situasi ini, tetapi turut juga dirasai oleh penduduk di sekitar kawasan di sekitar barat semenanjung malaysia. Di bawah index pencemaran yang dicatatkan di beberapa kawasan di semenanjung malaysia untuk hari ini.


Tanda yang berwarna kuning itu menunjukkan keadaan udara berada di tahap sederhana dan yang berwarna hijau itu pula menunjukkan keadaan udara berada di tahap yang baik. Nombor yang tertera itu juga menunjukkan keadaan udara berada di tahap yang tertentu. Sumber data ini daripada Department Of Environment

Tahap udara di sekitar kawasan rumah saya pun turut terjejas teruk dan menghalang pandangan terhadap bukit bukau yang berada di sekitar taman. Tapi, yang membuatkan saya terkilan lagi apabila saya tidak dapat bersenam tiap petang kerana takut kesihatan saya bertambah teruk.




 Kalau udara tak ada jerebu nampak bukit - bukau, bukan jauh sangat pun. Kalau lepas hujan lagi jelas nampak. Harap - harap jerebu ini tak berpanjangan. Marilah kita berdoa kepada yang maha esa supaya segara dijauhkan bencana ini.